Wednesday, December 16, 2009

PUTUS ASA gadaikan IMPIAN

“A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up”. Maksudnya, seseorang impikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan sanggup mengorbankan perkara-perkara yang pada fikirannya tak penting lalu menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.


Mungkin, Anda nak jadi pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan berjaya atau usahawan cemerlang. Walau apapun impian Anda, bersedialah mengorbankan satu perkara untuk memberi laluan kepada perkara yang lain. Kejayaan yang membuat kita berasa benar-benar puas adalah kejayaan yang dicapai hasil titik peluh sendiri juga hasil pengorbanan-pengorbanan kita.


Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya sudah tentu sanggup berkorban bangun awal pagi setiap hari, menyiapkan sarapan dan ada sesetengah ibu tunggal, keluar mencari rezeki demi sesuap nasi. Impian si ibu nak melihat anak-anaknya berjaya mendorong dia bersemangat kuat mengharungi kepayahan hidup. Itulah hebatnya sebuah impian.



Tanpa impian, kita tak akan tahu ke mana nak dituju dan arah mana untuk kita berjalan. Anda mesti set impian Anda, kerana selain kejayaan, penghormatan dan sanjungan menanti Anda di hujung sana. Biar kita susah sedikit sekarang ini, supaya kita senang banyak di masa akan datang.

Moga Anda beroleh kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan sama ada dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan Anda. Masa untuk bersantai-santai dah tamat. Sibukkan diri memburu impian!

No comments:

Post a Comment