Friday, December 18, 2009

Budaya HENDONISME????

Berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa kemewahan, budaya hendonisme yang keterlaluan untuk mencari hiburan dan keseronokan serta tipu daya dunia banyak menghalang seseorang daripada melaksanakan ibadah kepada Allah, sepertimana fenomena yang berlaku pada umat Islam pada hari ini. Sedar atau tidak, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang tertipu dengan keseronokan hiburan yang melampau dan

tipu daya dunia yang mempersonakan. Kekayaan, kemewahan dan budaya h endonisme yang ada telah menyibukkan kita dan menghalang dari melaksanakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah. Umat Islam pada hari ini dikelabukan mata dengan mengejar kemewahan dan mencari keseronokan yang berpanjangan tanpa memikirkan apakah persiapannya dan amalan untuk dibentang kan di hadapan Allah pada hari Kiamat nanti. Aduh, betapa ma langnya nasib mereka yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mendapatkan kesedaran dan kefahaman Islam. Marilah bersama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang jauh dari rahmat kasih sayang Allah. Adakah kita juga te rgolong di kalangan mereka yang cintakan budaya hendonisme dan mengejar kemewahan dunia??

Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa umatnya pada suatu hari nanti akan memperolehi kekayaan, kemewahan dan kelapangan dalan kehidupan. Pakaian mereka yang cantik akan silih berganti setiap hari, hidangan makanan yang tidak pernah putus-putus, rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihasi dengan bermacam-macam perhiasan. Begitulah gambaran terhadap sifat tamak dan haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak puas melayan nafsu. Mereka sentiasa ingin mencari dan menambah kekayaan sehinggalah kematian datang menjemput mereka. Maka pada ketika barulah mereka sedarkan diri dengan seribu satu penyesalan, di saat sudah tidak berguna lagi penyesalan. Benarlah sepertimana yang pernah diingatkan oleh Rasululhah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadithnya yang bermaksud : “ Seandainya anak adam itu mempunyai satu jurang emas, nescaya mereka akan berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah mereka dimasukkan ke dalam tanah ( kematian ). Orang yang bijak ialah mereka yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan menjadikan dunia ini tempat untuk bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat untuk memetik hasil tanamannya.


Thursday, December 17, 2009

Undang-Undang Kontrak

Kontrak di Malaysia merujuk kepada elemen-elemen serta pembentukan satu kontrak yang sah dari sisi undang-undang di negara Malaysia. Kontrak pula merujuk kepada satu persetujuan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Untuk keterangan umum mengenai apa itu undang-undang kontrak, lihat Kontrak. Rencana ini berkenaan aplikasi undang-undang kontrak itu sendiri dalam bidang kuasa Malaysia.



Undang-undang dan pembentukan satu kontrak di Malaysia diperintah oleh satu Akta Parlimen yang bergelar Akta Kontrak 1950 disamping beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun demikian, Akta ini bukanlah satu sumber segala elemen kontrak yang menyeluruh. Sesetengah elemen yang perlu, seperti elemen niat mewujudkan perhubungan sah dari segi undang-undang, tidak disentuh oleh mana-mana provisi yang terkandung dalam Akta Kontrak. Dalam keadaan ini, elemen-elemen sebegini didatangkan daripada undang-undang common law dan ekuiti undang-undang Inggeris, yang beraplikasi melalui peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Wednesday, December 16, 2009

Common Law Di Malaysia

Common law kini adalah sebahagian daripada undang-undang negara-negara England dan lain-lain negara yang pernah dijajah olehnya seperti Wales, Ireland Utara, Republik Ireland, negeri-negeri Amerika Syarikat (kecuali Louisiana), Kanada (kecuali Quebec), Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Sri Lanka, Malaysia, Brunei, Pakistan, Singapura, Hong Kong dan negara komenwel yang lain. Pada hakikatnya, semua negara yang pernah pada satu ketika menerima pengaruh British mempunyai unsur-unsur common law dalam kehakiman mereka kecuali negara-negara yang pernah menerima penjajahan negara Barat lain pada sebelumnya seperti provins Quebec yang mengikuti sistem kehakiman Perancis dan Afrika Selatan yang mengikuti sistem kehakiman Belanda-Rom. Sistem common law di India digabungkan dengan pengaruh undang-undang Hindu tempatan manakala sistem common law di Malaysia juga mengira adat Melayu dan Islam.

Alternatif yang utama kepada sistem common law adalah undang-undang sivil yang digunapakai di kebenuaan Eropah dan kebanyakan negara lain. Negara-negara bekas kesatuan Soviet dan negara sosialis lain menggunakan sistem perundangan undang-undang Sosialis.



Garisan diantara perundangan undang-undang sivil dan common law kian pudar dengan kepentingan undang-undang berdasarkan statut dan kod di negara-negara yang mengamalkan common law dan sebaliknya, duluan juga semakin mendapat perhatian di negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil.

Scotland dikatakan menggunakan sistem perundangan sivil tetapi sebenarnya ia mempunyai satu sistem unik yang menggabungkan elemen sistem sivil yang tidak ditulis yang boleh dikesan ke Corpus Juris Civilis dengan elemen common law yang lebih awal daripada Perjanjian Kesatuan dengan England pada tahun 1707. Undang-undang common law Scotland berlainan dengan yang diamalkan di England dengan mahkamahnya menggunakan duluan untuk mencari apakah ia prinsip yang menjustifikasikan satu undang-undang dan bukannya menjadikannya sebagai "ikutan". Prinsip-prinsip keadilan semulajadi telah sentiasa menjadi sebahagian daripada undang-undang masyarakat Scotland. Sistem yang boleh dijadikan bandingan adalah terletak di Quebec, Louisiana dan Afrika Selatan. Sistem-sistem ini dipanggil sistem perundangan campuran.

Cermin diri terlebih dahulu!!!!!

“Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah.”

Masalah sifatnya sementara. Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita. Adakah itu kebetulan? Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah Anda mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada Anda. Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.



Sama ada Anda tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada Anda. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan Anda yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran Anda. Mungkin, Anda suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Anda memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran Anda menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup Anda.

Seberat manapun masalah Anda, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup Anda. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

PUTUS ASA gadaikan IMPIAN

“A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up”. Maksudnya, seseorang impikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan sanggup mengorbankan perkara-perkara yang pada fikirannya tak penting lalu menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.


Mungkin, Anda nak jadi pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan berjaya atau usahawan cemerlang. Walau apapun impian Anda, bersedialah mengorbankan satu perkara untuk memberi laluan kepada perkara yang lain. Kejayaan yang membuat kita berasa benar-benar puas adalah kejayaan yang dicapai hasil titik peluh sendiri juga hasil pengorbanan-pengorbanan kita.


Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya sudah tentu sanggup berkorban bangun awal pagi setiap hari, menyiapkan sarapan dan ada sesetengah ibu tunggal, keluar mencari rezeki demi sesuap nasi. Impian si ibu nak melihat anak-anaknya berjaya mendorong dia bersemangat kuat mengharungi kepayahan hidup. Itulah hebatnya sebuah impian.



Tanpa impian, kita tak akan tahu ke mana nak dituju dan arah mana untuk kita berjalan. Anda mesti set impian Anda, kerana selain kejayaan, penghormatan dan sanjungan menanti Anda di hujung sana. Biar kita susah sedikit sekarang ini, supaya kita senang banyak di masa akan datang.

Moga Anda beroleh kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan sama ada dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan Anda. Masa untuk bersantai-santai dah tamat. Sibukkan diri memburu impian!

nak STRESS ke nak HAPPY???

“jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.

Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!

Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.



Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.

Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.