Friday, December 18, 2009

Budaya HENDONISME????

Berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa kemewahan, budaya hendonisme yang keterlaluan untuk mencari hiburan dan keseronokan serta tipu daya dunia banyak menghalang seseorang daripada melaksanakan ibadah kepada Allah, sepertimana fenomena yang berlaku pada umat Islam pada hari ini. Sedar atau tidak, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang tertipu dengan keseronokan hiburan yang melampau dan

tipu daya dunia yang mempersonakan. Kekayaan, kemewahan dan budaya h endonisme yang ada telah menyibukkan kita dan menghalang dari melaksanakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah. Umat Islam pada hari ini dikelabukan mata dengan mengejar kemewahan dan mencari keseronokan yang berpanjangan tanpa memikirkan apakah persiapannya dan amalan untuk dibentang kan di hadapan Allah pada hari Kiamat nanti. Aduh, betapa ma langnya nasib mereka yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mendapatkan kesedaran dan kefahaman Islam. Marilah bersama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang jauh dari rahmat kasih sayang Allah. Adakah kita juga te rgolong di kalangan mereka yang cintakan budaya hendonisme dan mengejar kemewahan dunia??

Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa umatnya pada suatu hari nanti akan memperolehi kekayaan, kemewahan dan kelapangan dalan kehidupan. Pakaian mereka yang cantik akan silih berganti setiap hari, hidangan makanan yang tidak pernah putus-putus, rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihasi dengan bermacam-macam perhiasan. Begitulah gambaran terhadap sifat tamak dan haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak puas melayan nafsu. Mereka sentiasa ingin mencari dan menambah kekayaan sehinggalah kematian datang menjemput mereka. Maka pada ketika barulah mereka sedarkan diri dengan seribu satu penyesalan, di saat sudah tidak berguna lagi penyesalan. Benarlah sepertimana yang pernah diingatkan oleh Rasululhah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadithnya yang bermaksud : “ Seandainya anak adam itu mempunyai satu jurang emas, nescaya mereka akan berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah mereka dimasukkan ke dalam tanah ( kematian ). Orang yang bijak ialah mereka yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan menjadikan dunia ini tempat untuk bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat untuk memetik hasil tanamannya.


No comments:

Post a Comment